Monday, April 18, 2016

Jutawan kosmetik bertaubat


Safiey dan ayahnya, Ilias ketika berada di HKL semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun hidup sebagai seorang mak nyah dengan penampilan persis seorang wanita, mak nyah jutawan kosmetik WisPutih akhirnya terbuka pintu hati untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan menjadi lelaki sejati.

Kisah Safiuddin Ilias, 22, atau terkenal dengan nama gelarannya Sofea Putih atau Safiey mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu selepas status di laman Facebooknya turut dikongsi oleh seorang pendakwah bebas terkemuka, Ali Rusia.

Antara coretan yang ditulis di laman Facebooknya, Safiey meluahkan isi hatinya kepada pembantu perubatan peribadinya, Aery Yana mengenai hasratnya untuk berubah menjadi seorang lelaki.

Status tersebut mendapat reaksi yang positif daripada rakan-rakannya di laman media sosial dan ramai yang menyokong tindakan tersebut walaupun ada sesetengah pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan Safiey berbuat demikian demi untuk melariskan perniagaannya.

Berkongsi lanjut perkara itu, Safiey berkata, langkah pertama ke arah menyucikan dosanya itu, anak kelahiran Felda Lakum, Lancang, Pahang itu bertekad untuk menjalani prosedur pembedahan mengeluarkan implan payudara yang dimilikinya sejak berusia 19 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz46EmipJ77

No comments:

Post a Comment