Thursday, April 21, 2016

Termakan lipas dapat RM67,000


DI Hospital KPJ Selangor inilah Wan Hailmey termakan kepala dan kaki lipas yang ditemui dalam makanannya pada Mei tahun lalu.

SHAH ALAM – Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, Mei tahun lepas.
Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.
Bagaimanapun, nasib beliau terbela apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn. Bhd., pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi RM67,000 selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Wan Hailmey terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.
Dalam keputusan ringkasnya, Hakim G. Ramesh berkata, Wan Hailmey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz46W08BQvQ

No comments:

Post a Comment