Thursday, April 14, 2016

Chacha enggan turun dari tiang elektrik


Chacha, chimpanzee jantan yang terlepas dari sebuah zoo di Sendai, Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap ketika berada di puncak tiang tiang elektrik


Tokyo: Seekor chimpanzee yang terlepas dari sebuah zoo di utara Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap dengan memanjat tiang elektrik dan bergayut di situ selama beberapa jam.

Chimpanzee jantan bernama Chacha itu berada di atas tiang berkenaan selama dua jam selepas hilang dari Zoo Yagiyama di Sendai dan siaran televisyen Jepun menunjukkan ia berada di puncak tiang sambil menyeringai dan menjerit kepada pekerja zoo di bawah.

Pekerja zoo menembak ubat pelali yang mengenai belakangnya namun masih memerlukan masa yang agak lama sebelum ia terjatuh ke atas selimut yang dipegang pekerja di bawah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/130550#sthash.8hVsNpou.dpuf

No comments:

Post a Comment