Monday, February 10, 2014

4 lelaki anggota bola sepak wanita kebangsaan Iran


Teheran: Pemain bola wanita Iran semalam diwajibkan menjalani ujian pemeriksaan jantina selepas empat pemain dalam pasukan kebangsaan wanita negara itu disahkan lelaki. Petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan secara rawak ketika sesi latihan dan pemain yang gagal dalam pemeriksaan itu, selain tidak dapat membuktikan jantina mereka akan diharamkan daripada menyertai perlawanan. Pihak berkuasa bola sepak Iran mengumumkan pemeriksaan rawak itu selepas mendapati beberapa pemain, termasuk empat dalam pasukan kebangsaan wanita sebenarnya lelaki yang belum menjalani pembedahan menukar jantina atau mereka yang mengalami masalah kekeliruan jantina. Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian. Pemain yang tidak dapat membuktikan mereka wanita dilarang menyertai perlawanan. - Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment