Wednesday, February 26, 2014

Robot tunjuk cara bersolat di Iran


SEJUMLAH kanak-kanak perempuan melihat robot yang bernama Veldan berdiri di sebuah sekolah di Varamin pada Isnin lalu.

TEHERAN - Seorang guru mengajar al-Quran di sebuah sekolah rendah di bandar Varamin di Iran, 35 kilometer dari sini mencipta sebuah robot kecil yang menunjukkan cara untuk bersolat kepada kanak-kanak.

Guru berkenaan Akbar Rezaie, 27, mendapat idea untuk mencipta robot berkenaan selepas melihat kanak-kanak terlalu asyik bermain dengan patung import yang boleh menyanyi dan menari.

"Justeru, saya mendapat idea untuk mencipta sebuah robot yang boleh mengajar kanak-kanak tentang agama dan pada masa yang sama menghiburkan mereka," katanya.

Menurutnya, dia mencipta robot berkenaan di rumahnya dan memberikan nama Veldan kepada robotnya yang bermaksud kanak-kanak syurga.

-AP/Kosmo

No comments:

Post a Comment