Wednesday, February 11, 2015

Majikan paksa pekerja jadi ibu tumpang

MEERUT, India 12 Feb. - Seorang wanita dipukul dan dimalukan hanya kerana tidak mahu menjadi ibu tumpang bagi majikannya di sini kelmarin. Pelajar jurusan undang-undang itu yang juga bekerja separuh masa sebagai pengurus di sebuah rumah tamu di bandar ini, mendakwa majikannya memaksa dia melahirkan anak untuknya.

"Sejak saya bekerja di rumah tamu itu, majikan saya sering memaksa untuk menjadi ibu tumpang dan apabila enggan, saya dipukul. Bukan saja dia malah tiga lagi termasuk seorang jururawat dan pengurus hospital turut membelasah saya," katanya.

Berikutan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis, dan empat suspek, termasuk majikannya kini ditahan untuk siasatan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/majikan-paksa-pekerja-jadi-ibu-tumpang-1.58671#sthash.n90RV2GE.dpuf

No comments:

Post a Comment