Sunday, November 5, 2017

Jel 6 bulan nikah tanpa izin isteri



Lahore: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan denda 200,000 rupee RM8,000) oleh Mahkamah Rendah Lahore, Pakistan kerana berkahwin kali kedua tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya.
Keputusan Majistret Ali Jawwad Naqvi itu sekali gus mendapat pujian aktivis wanita memandangkan ia kali pertama mahkamah di Pakistan membuat keputusan menyebelahi wanita mengikut Undang-undang Keluarga 2015.
Petisyen itu difailkan Ayesha Bibi terhadap suaminya Shahzad Saqib yang berkahwin kali kedua tanpa kebenarannya yang ditegaskan sebagai kesalahan mengikut undang-undang.
Mahkamah menolak hujah lelaki berkenaan bahawa dia tidak perlu meminta kebenaran daripada isteri pertamanya kerana agama membenarkannya berkahwin empat.
Majlis Ideologi Islam (CII) - badan yang menasihati kerajaan mengenai keserasian undang-undang dengan Islam - kerap mengkritik peruntukan untuk suami mendapatkan kebenaran bertulis isteri sekiranya ingin berkahwin lagi.
Bagaimanapun, cadangan CII itu tidak mengikat dari segi undang-undang.
Romana Bashir yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Keamanan dan Pembangunan berkata: “Sungguh hebat apabila seorang wanita yang dianiaya menggunakan undang-undang ini di mahkamah. Keputusan ini kesan baik terhadap pemerkasaan wanita.”

-Metro

No comments:

Post a Comment