Polewali, Indonesia: Seorang wanita yang baru melahirkan anak dua bulan lalu terkejut apabila dia tiba-tiba sakit perut sebelum melahirkan seorang lagi bayi baru-baru ini.
Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki ketika gerhana matahari penuh pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan di sini.
Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Annisa tiba-tiba sakit perut dan tidak lama selepas itu dia melahirkan seorang bayi perempuan.
“Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak,” katanya.
“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.
“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.
Sementara itu, seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma berkata, keadaan yang dialami Annisa adalah tidak mustahil, tetapi sangat jarang berlaku.
“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.
“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.
Tambahnya, kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu.
-Metro
No comments:
Post a Comment