Bangkok: Seorang jurusolek Thailand mencipta solekan ilusi optik pelik dan agak mengerikan membuatkan wajah modelnya nampak kabur.
Monticha Sriyoschati mempunya lebih 1,000 pengikut di media sosial kerana bakatnya mencipta solekan yang menarik dan unik.
Dalam rakaman terbaru dimuat naik, dia menyolek modelnya Jan Baiboon sehingga nampak seperti mempunyai lima pasang mata serta beberapa lapisan ‘bibir’ dan ‘hidung.’
Namun, rekaan terbaru itu mencetuskan pelbagai reaksi peminatnya termasuk yang mengaku takut melihatnya.
Seorang lagi, nadushka_7 tidak pasti sama ada solekan itu mengagumkan atau menakutkannya.
“Saya sangat keliru. Cantik, tetapi sangat mengerikan,” katanya.
Malah, tidak kurang juga yang mengadu sakit kepala melihat solekan itu.
Bellabaer29 berkata: “Saya tidak boleh memandangnya terlalu lama. Sakit kepala dibuatnya.”
- Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment