Tuesday, June 28, 2016

Burung kakak tua jadi saksi mahkamah

Burung kakak tua jadi saksi mahkamah

MICHIGAN - AMERIKA Syarikat. Seekor haiwan peliharaan dilaporkan mungkin akan 'memberi keterangan' dalam perbicaraan melibatkan pembunuhan tuannya di Amerika Syarikat (AS).
Spesies kakak tua kelabu Afrika digelar Bud berusia 19 tahun itu didakwa sering mengulangi ayat 'jangan tembak' sejak pemiliknya, Martin Duram ditembak mati pada Mei tahun lalu.

Menurut polis, mangsa ditembak beberapa kali oleh isterinya, Glenna di kediaman mereka di Sand Lake, Michigan yang berdepan tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama, Khamis lalu.
Sementara itu, pendakwa raya, Robert Springstead di daerah Newaygo memaklumkan beliau bercadang untuk menjadikan Bud sebagai saksi kejadian itu jika ia diterima mahkamah.

Pada 1993, spesies burung sama pernah menjadi saksi kejadian bunuh pemiliknya selepas peguam defendan mahu 'mendengar keterangannya', namun hakim enggan menerima kata-kata haiwan itu dan tertuduh dihukum penjara seumur hidup. - Press TV

Spesies kakak tua kelabu Afrika mungkin akan 'memberi keterangan' jika ia diterima mahkamah.

-Sinar

No comments:

Post a Comment