Sunday, June 12, 2016

Tinggal sebumbung dengan beruang



PASANGAN suami isteri ini amat sayangkan Stepan yang dibela sebagai anak angkat mereka lebih 20 tahun lalu.

JIKA diperhatikan, Svetlana dan Yuriy Panteleenko yang berasal dari Rusia itu kelihatan sama sahaja seperti pasangan suami isteri yang lain.

Sepanjang perkahwinan, mereka tidak dikurniakan anak, namun pasangan itu tetap ceria selepas mengambil keputusan untuk membela seekor beruang sebagai anak angkat mereka sejak 23 tahun lalu.

Beruang itu yang dinamakan Stepan, 23, mempunyai berat 136 kilogram ternyata berbeza dengan beruang-beruang lain.

Ia amat jinak dan gemar memeluk kedua-dua ibu bapa angkatnya selain menonton televisyen bersama.

Menurut Svetlana, dia dan suaminya, Yuriy mengambil Stepan untuk dipelihara semasa beruang itu baru berusia tiga bulan.

“Stepan telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan keadaannya ketika itu sangat teruk. Ia begitu kurus dan kerana kasihankannya, kami mengambil keputusan untuk membela Stepan,” kata wanita itu.

Tidak ganas

Svetlana menambah, Stepan sebenarnya seekor beruang yang tidak ganas malah tidak pernah sekali pun Stepan menyerang wanita itu.

“Ia amat comel dan sukakan manusia,” katanya.

Wanita itu berkata, cabaran terbesar dalam menjaga Stepan adalah seleranya yang besar.

Beruang comel itu makan 25 kilogram ikan segar sehari selain gemar makan telur serta sayur-sayuran.

Stepan tidak diberi makan daging segar seperti beruang-beruang lain kerana khuatir dia akan memakan kedua-dua ibu bapa angkatnya.

“Memandangkan Stepan dibesarkan tanpa memakan daging, ia tidak berbahaya dan tidak akan menyerang manusia,” kata Svetlana.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0612&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz4BQHTLzQQ

No comments:

Post a Comment