Lahore: Seorang wanita mengikat anak perempuannya berusia 17 tahun ke katil, menyiram minyak tanah dan membakar remaja itu hidup-hidup dan apabila jiran-jiran yang terdengar raungan mangsa datang mahu membantu, mereka dihalang daripada memasuki rumah oleh ahli keluarga wanita berkenaan, hari ini.
Wanita itu, Parveen Bibi, kemudian keluar ke jalan dan dengan bangga melaungkan dia sudah membunuh anaknya yang membawa malu kepada keluarga kerana gadis itu berkahwin lari dengan lelaki pilihannya yang bukan daripada keturunan Punjabi.
Hasan yang menjalin hubungan dengan Zeenat sejak sekolah, berkata selepas empat hari tinggal bersamanya selepas mereka berkahwin, ibu Zeenat menghubungi mereka mendesak Zeenat pulang dan berjanji mengadakan majlis perkahwinan selepas lapan hari.
Pegawai polis, Sheikh Hammad, berkata Parveen yang mengaku membunuh Zeenat dengan bantuan anak lelakinya, Ahmar, memberitahu polis ‘saya tidak menyesal langsung’.
Menurut seorang lagi pegawai polis, Ibadat Nisar, mayat rentung mangsa mempunyai tanda dipukul dan kesan jerutan.
Adik perempuan wanita itu, Naseem Bibi, berkata, kakaknya itu sudah lama menyatakan tidak akan membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan lelaki keturunan Pashtun.
-Metro
No comments:
Post a Comment