Sunday, June 5, 2016

Orang minyak dihukum gantung

Teheran: Pihak berkuasa Iran semalam menggantung seorang lelaki berusia 21 tahun selepas mendapati dia bersalah merogol puluhan wanita di Shiraz, bandar bersejarah di selatan negara itu.
Tertuduh dikenali sebagai Amin D, digelar ‘Orang Minyak’ oleh media Iran kerana sentiasa menyapu minyak pada tubuhnya setiap kali melakukan serangan terhadap wanita pada awal pagi di rumah mereka.


“Lelaki itu ditangkap pada Ogos 2015 dengan rakaman CCTV yang diberikan mangsa, DNA, jenis darah yang sama serta bukti lain yang ditinggalkan di tempat kejadian,” kata pendakwa raya di Shiraz, Ali Salehi.
Ketua polis wilayah Fars, Ahmad Goudarzai tahun lalu berkata, suspek dikenal pasti selepas dia tertinggal seluarnya yang mempunyai tag cucian kering di tempat kejadian dalam satu serangannya.
Polis kemudian melancarkan siasatan dengan memeriksa 15,000 orang yang mempunyai nama keluarga yang sama.
Akhirnya, mereka menggunakan sampel DNA untuk mengenal pasti dan menangkap suspek.

- Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment