Monday, June 20, 2016

Siap sedia hadapi 10 hari terakhir Ramadan



Makkah: Pegawai Masjidilharam dan kawasan sekitarnya bertungkus-lumus merancang persiapan untuk menghadapi 10 hari terakhir Ramadan yang mereka anggap antara tempoh paling sibuk dalam setahun dan menguji kemampuan serta keupayaan agensi perkhidmatan.
Persiapan dilakukan di semua sudut masjid paling suci umat Islam itu, termasuk menambah permaidani, kitab suci al-Quran, penyejuk air dan tong sampah.
Jumlah jemaah dijangka meningkat mendadak pada 10 hari terakhir bulan puasa yang bermula 25 Jun ini.
Pihak berkuasa juga sudah mula membuka beberapa tandas yang baru dibina dan memeriksa keselamatan eskalator.
Pasukan keselamatan yang diberi tanggungjawab untuk mengawal kesesakan juga sudah merangka rancangan untuk menghadapi kesesakan.
Mereka akan dibantu kumpulan sukarelawan dan kebajikan yang akan memberi perhatian kepada kawasan pengagihan makanan, menyelamat, bantuan kecemasan, pengangkutan percuma serta kerusi beroda.

- Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment