Monday, May 4, 2015

Haram pasangan jadi pembonceng

Banda Aceh: Sebuah daerah di Aceh meluluskan satu undang-undang yang mengharamkan pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama. Anggota Parlimen Aceh Utara, Fauzan Hamzah semalam berkata, undang-undang itu diluluskan pada minggu lalu dan akan berkuatkuasa dalam tempoh setahun lagi.

Tambahnya, pihak berkuasa daerah itu juga berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah sepenuhnya.“Pasangan belum berkahwin yang duduk terlalu rapat di atas motosikal, jelas melanggar undang-undang Islam. “Perlakuan seperti ini boleh mendorong pasangan belum berkahwin melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.

Pihak berkuasa daerah Aceh Utara turut mengharamkan konsert muzik dan mengarahkan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan di sekolah. Kata Fauzan, pihak berkuasa daerah itu masih belum memutuskan hukuman yang bakal dikenakan kepada pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama

.“Pesalah mungkin akan dikenakan denda atau dihalau dari kampung mereka.“Kami mahu perkara yang membawa kepada dosa besar ini dihapuskan dari Aceh Utara,” tegasnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48531#sthash.2g1CAJM5.dpuf

No comments:

Post a Comment