Thursday, June 25, 2015

Harith Iskander berang gambar anak dalam web lucah

PELAWAK terkenal, Harith Iskander berang selepas gambar anak lelakinya disalahguna dalam sebuah laman web lucah tempatan.

Perkara tersebut didedahkannya di dalam laman sosial Facebooknya.

"Google Alert menarik perhatian saya bahawa gambar-gambar anak saya (dan saya memangku anak saya) dan juga banyak gambar-gambar kanak-kanak lain muncul dalam sebuah laman lucah tempatan berserta imej lucah grafik.

"Ia adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan saya dalam proses menghubungi SKMM untuk mengetahui apakah tindakan yang boleh diambil," tulisnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mendedahkan nama laman web berkenaan dan meminta pelayar yang mempunyai pengalaman dalam kes-kes sebegini untuk memberi cadangan terbaik untuk menangani kes ini.

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, pelawak itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada pukul 10 pagi tadi.

-Sinar

No comments:

Post a Comment