Laman web kerajaan Niya melaporkan, pertandingan bir yang diadakan pada awal minggu lepas sebelum permulaan Ramadan, dihadiri lebih 60 petani dan penternak muda.

Gambar yang disiarkan juga memaparkan wanita menari di atas pentas dan sekumpulan lelaki meminum bir sebanyak mungkin dalam satu minit.

“Terdapat pelbagai pertandingan bir yang menarik. Hadiah berbentuk wang tunai sebanyak 1,000 yuan (RM600),’’ jelas laman web berkenaan.

Jelas web itu, pertandingan tersebut diadakan bagi menceriakan kehidupan penduduk kampung dan menjamin keharmonian serta kestabilan kampung.

Dalam pada itu, jurucakap Kongres Uigher Dunia, Dilxat Raxit mengutuk pertandingan tersebut.

“Pertandingan itu merupakan provokasi terbuka terhadap Islam,’’ katanya dalam kenyataan.

Media rasmi dan laman web kerajaan Xinjiang mengeluarkan berita dan notis rasmi pada tahun ini yang menggesa anggota Parti Komunis, kakitangan awam, pelajar, dan guru tidak berpuasa. – Reuters