Wednesday, December 21, 2016

Budak terselamat selepas tiga hari terperangkap di sebalik dinding

Ads by Kiosked
SEORANG penduduk memecahkan dinding untuk menyelamatkan Saka. - AGENSI


ONDO, Nigeria – Seorang kanak-kanak lelaki di sini berjaya diselamatkan selepas tiga hari terperangkap di sebalik dinding sebuah kafe baru-baru ini.
Ketika kejadian, Aduragbemi Saka, 12, datang ke kafe di daerah Oduduwa itu bersendirian sebelum bermain di dalam lubang yang mempunyai jarak 30 sentimeter antara dinding dan rumah pelajar.
Malangnya, Saka terperangkap kerana tidak dapat keluar daripada lubang tersebut. Dia hanya mampu menangis disebabkan tiada sesiapa yang menyedari kehilangannya.
Bagaimanapun, beberapa orang penduduk yang melalui kawasan itu terdengar tangisan Saka menyebabkan mereka memeriksa apa yang ada di sebalik dinding tersebut.
Pihak polis kemudian memecahkan dinding itu dan mengeluarkan Saka yang diselaputi debu, namun masih bernyawa.
“Kanak-kanak itu sebenarnya melarikan diri daripada neneknya yang sudah lama mencarinya,” kata seorang penduduk, Felicia Olaniyi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4TX80Vavh 

No comments:

Post a Comment