Monday, October 30, 2017

Kasut tumit tinggi RM64 juta



PADA 2012, pereka fesyen Debbie Wingham mereka pakaian termahal dunia dihiasi berlian hitam 50 karat diikuti abaya termahal dengan berlian merah pada 2013 dan kini, beliau menghasilkan kasut tumit tinggi paling mahal di dunia dihiasi logam berharga dan permata jarang ditemui.
Kasut tumit tinggi rekaan Debbie itu berharga AS$15.1 juta (RM64 juta), ditempah satu keluarga kaya di Dubai sebagai hadiah hari jadi.
Debbie terkenal menghasilkan pelbagai rekaan untuk selebriti, kerabat diraja dan golongan kaya.
Abaya direkanya berharga AS$15.45 juta (RM65.47 juta) dan kek bertatah berlian bernilai AS$64 juta (RM271 juta), juga untuk pelanggan di UAE.

Debbie bersama kasut tinggi termahal di dunia yang direkanya.
Menurut Daily Mail, kasut tumit tinggi itu dihiasi dua berlian merah jambu tiga karat dan dua berlian biru satu karat yang setiap satu berharga lebih AS$128,000 (RM542,411) selain sejumlah lagi berlian.
Zip kasut berkenaan diperbuat daripada emas manakala kulit diwarnakan dengan cat emas 24 karat serta dijahit dengan benang emas 18 karat.
Menurut The National UAE, esok, Debbie akan membawa kasut itu ke Raffles Dubai untuk pameran singkat sebelum diserahkan kepada pelanggan.

-Metro

No comments:

Post a Comment