Thursday, October 26, 2017

Tengkorak retak, teman wanita patah tangan



AKIBAT enggan membenarkan sekumpulan remaja bergambar dengan teman wanitanya dekat Taj Mahal, India, seorang pelancong Switzerland retak tengkorak dan teman wanitanya patah tangan dan lebam dibelasah kumpulan terbabit.
Menurut laporan media India hari ini, dalam kejadian Ahad lalu, sekumpulan lelaki tempatan menghampiri pasangan itu dekat stesen kereta api dan menuntut mahu bergambar dengan wanita terbabit.
Akhbar Times of India melaporkan, apabila pelancong Switzerland itu, Quentin Jeremy Clerc, 24, enggan membenarkan, dia dan pasangannya, Marie Droz , diserang, termasuk dilempar batu.
Pelancongan terbabit retak tengkorak manakala teman wanitanya berusia 24 tahun, juga rakyat Switzerland, patah tangan serta lebam-lebam dan mereka kini dirawat di hospital.
Pegawai kanan polis, Amit Pathak, memberitahu AFP melalui telefon dari Agra di Uttar Pradesh, pihaknya sudah mengenal pasti kumpulan terbabit berdasarkan rakaman video orang ramai dan seorang sudah ditahan.
“Sebahagian mereka bawah umur dan jika mereka bawah umur, akan didakwa mengikut undang-undang juvana,” katanya.

-Metro

No comments:

Post a Comment