Sunday, March 22, 2015

Kepala suami dalam beg

New Jersey: Seorang wanita didapati bersalah mencincang suaminya dan menyimpan kepala mangsa dalam beg tangan dan membawanya berpindah dari rumah ke rumah. Loretta Burroughs mendakwa suaminya Daniel meninggalkannya di rumah mereka di Mays Landing, New Jersey untuk hidup bersama-sama seorang wanita muda di Florida.

Pembunuhan itu dilakukan pada 2007 akhirnya terbongkar apabila adik Daniel membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa. Loretta disiasat berhubung dakwaan yang dibuatnya ekoran kehilangan suaminya.

Dia didapati bersalah semalam atas tuduhan membunuh dengan niat kerana menikam suaminya hingga mati, mencincang mayat mangsa dengan pisau dan gergaji, bungkus mayat mangsa dalam dua beg plastik dan membawa bersama-samanya berpindah tiga kali dalam masa enam tahun.

Sebelum ditangkap, dia bertanya kepada polis yang berada di rumahnya sama ada mereka akan memeriksa kediaman itu. “Dia kelihatan pucat dan takut,” kata Sarjan Lynn Dougherty dari pejabat pendakwa raya Atlantic County selepas anggota polis berkata, mereka akan memeriksa rumah itu.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, pakar forensik Dr Charles F Siebert Jr berkata, dia menemui mayat itu dalam bungkusan minyak wangi dipercayai untuk mengelak bau busuk. Kepala Simon ditemui dalam beg tangan di dalam satu bungkusan berkenaan.

Loretta berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 22 April depan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38363#sthash.FgyAIYbh.dpuf

No comments:

Post a Comment