Thursday, March 5, 2015

Pasangan bakar bayi hidup-hidup ditangkap

Jakarta: Sepasukan anggota polis Indonesia berjaya menahan sepasang suami isteri yang dipercayai membunuh bayi perempuan mereka dengan membakar mangsa hidup-hidup.“Kedua-dua suspek berjaya dikesan sebelum ditangkap di sekitar pasar di Jatinegara dekat sini.

“Pasangan suami isteri berusia 46 dan 42 tahun itu ditahan ketika menjual buah di pasar berkenaan,” kata jurucakap polis, Kompol Dasril kelmarin. Ketika disoal siasat kedua-dua suspek mengaku membunuh bayi mereka dengan kejam.

Kejadian kejam itu terbongkar selepas tiga remaja menemui mayat bayi yang sudah hangus dan busuk di tapak pembuangan sampah di Jatinegara pada Isnin lalu. Bayi malang itu ditemui berbalut kain selimut yang sebahagian sudah hangus akibat dibakar.

Mangsa dipercayai mati selepas dibakar hidup-hidup oleh kedua-dua ibu bapanya sendiri. - Agensi -

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34998#sthash.cqq9yX62.dpuf

No comments:

Post a Comment