Wednesday, April 12, 2017

Budak mati terjun dalam pembancuh simen



Beijing: Dua kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas memanjat masuk ke dalam pembancuh simen ketika bermain.
Dua kanak-kanak itu bermain di tapak pembinaan di Guang’an, wilayah Sichuan di barat daya China baru-baru ini dan memanjat masuk di dalam mesin yang tidak dihidupkan itu.
Mangsa sebelum itu merayau jauh dari kediaman keluarga mereka dan memasuki tapak pembinaan itu, tempat kerja tidak dilakukan sejak beberapa hari sebelumnya.
QQ.com melaporkan, walaupun pembancuh simen itu tidak dihidupkan, plag mesin berkenaan masih dipasang.
Mangsa membuka suis pembancuh simen itu sebelum masuk ke dalamnya.
Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital ketika dirawat.
Video disiarkan di QQ.com menunjukkan penduduk yang terkejut mengelilingi pembancuh simen berlumuran darah itu selepas tragedi berkenaan.
Sepasang kasut kecil berwarna merah jambu juga dilihat bersebelahan mesin berkenaan.
Polis berkata, mereka masih menyiasat kejadian itu.

-Metro

No comments:

Post a Comment