Monday, April 17, 2017

Potong, simpan mayat ibu dalam peti sejuk


Honolulu: Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh ibunya, memotong tubuh wanita itu ke beberapa bahagian September tahun lalu, dan menyimpannya dalam peti sejuk di sebuah apartmen di Waikiki di sini.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu, Yu Wei Gong, yang dihadapkan ke mahkamah semalam, dia menghubungi talian kecemasan 911 pada 11 April lalu, dan berkata: “Saya bunuh ibu saya (Liu Yun Gong).”
Apabila polis tiba dan gagal menemui mayat mangsa, Gong beritahu ‘dia berada dalam peti sejuk.’
Seorang anggota polis membuka peti sejuk itu dan menemui anggota tubug manusia di dalamnya, termasuk kaki wanita itu yang terjatuh ke lantai.
Yu Wei Gong, 26, tidak bercakap atau membuat sebarang pengakuan selepas tuduhan membunuh terhadapnya dibacakan.
Menurut polis, lelaki itu mendakwa dia secara tidak sengaja membunuh ibunya selepas wanita itu marah kerana dia mahu bekerja dan enggan meneruskan pengajian.
Bedah siasat mendapati mangsa dipukul dengan benda tumpul di kepala.
Pengurus apartmen itu memberitahu polis dia tidak melihat wanita berkenaan sejak Krismas manakala penyelia Liu Yun Gong berkata, mangsa tidak datang bekerja pada 21 Ogos tahun lalu.
Apabila dia menelefon mangsa, anaknya (Yu Wei Gong) memberitahu ibunya berada di sebuah pulau lain di Hawaii.
Lelaki berkenaan berpindah ke Hawaii dari China ketika berusia 19 tahun, tinggal bersama ibunya itu yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Bapa tirinya itu meninggal dunia pada 2014.

-Metro

No comments:

Post a Comment