Tuesday, April 18, 2017

Bunuh rakan sebab masak tak sedap


KUANTAN – Hanya disebabkan makanan yang dimasak tidak sedap, seorang pekerja ladang berusia 59 tahun mati dibelasah menggunakan kayu dan parang oleh rakannya dalam kejadian pukul 10 malam di Ladang Belenggu Hall, Mentakab, Temerloh kelmarin.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Ko­misioner Zundin Mahmood ber­kata, mang­sa, R. Davadas dijum­pai mati tertiarap di hadapan pintu bilik rumah sewa de­ngan kesan lu­ka parah pada kepala, dada dan tangan kiri.
“Hasil siasatan awal mendapati, pembunuhan itu berlaku apabila mangsa dan rakan serumahnya bergaduh selepas suspek tidak berpuas hati dengan makanan yang dimasak oleh mangsa.
“Kerana tidak berpuas hati, suspek yang berusia 35 tahun kemudian menumbuk, menendang dan memukul mangsa dengan kayu dan parang,” kata beliau.
Jenis makanan yang dimasak mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4efvnMhfO 

No comments:

Post a Comment