Monday, February 1, 2016

Komrad Bala dijel 23 tahun



London: Seorang ketua ajaran sesat berfahaman Maoist yang didapati bersalah merogol dan memukul pengikut wanitanya serta mengurung anaknya sendiri selama lebih 30 tahun, dipenjara selama 23 tahun, semalam. Aravindan Balakrishnan, 75, yang juga dikenali sebagai Komrad Bala, menggunakan penderaan seks dan keganasan fizikal serta mental untuk mengekalkan wanita itu di bawah kawalannya.

Pendakwa raya berkata, dia mengubah kumpulan Komunis London Selatan yang diketuainya menjadi ajaran sesat peribadi dengan anggotanya mempercayai dia Tuhan.“Anda bertindak kejam ke atas mereka,” kata hakim Deborah Taylor ketika menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Southwark di London.

Anak kandungnya, Katy Morgan-Davies, yang dilahirkan oleh seorang daripada wanita dalam tahanannya, juga dibuli dan dipukul tidak dibenarkan meninggalkan rumah, bersekolah, bermain dengan rakan dan juga mendapatkan rawatan doktor.“Dia gemarkan keganasan dan bersikap seperti diktator. Dia mahu menjadi seperti Stalin, Mao atau Pol Pot,” kata Katy dalam wawancara dengan Sky News tidak lama dulu.

Balakrishan, menafikan semua tuduhan itu, tetapi dia di dapati bersalah oleh Mahkamah Southwark di London Disember lalu atas kesalahan selama hampir 34 tahun, termasuk kekejaman terhadap kanak, mengurung, merogol dan serangan tidak bermoral.

Dia bermula dengan menjadi ketua sebuah kumpulan komunis yang dinamakan Institut Pekerja di selatan London pada 1970-an dengan mengikuti ajaran Pengerusi Mao Zedong, pengasas China moden. Lama kelamaan jumlah anggota kumpulan itu berkurangan.

Dia mengancam baki pengikutnya, yang terdiri daripada beberapa wanita, termasuk seorang wanita Melayu berasal dari Jelebu Negeri Sembilan, Siti Aisyah Abdul Wahab, dengan apa yang digelarnya jentera kawalan minda kuasa ghaib yang dinamakannya ‘Jackie’ - singkatan daripada Jehovah, Allah, Christ, Krishna dan Immortal Easwaran.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111423#sthash.Z0z2RiPZ.dpuf

No comments:

Post a Comment