Golongan wanita yang me­langgar peraturan tersebut boleh dikenakan denda 2,100 rupee (RM128) dan mereka yang melaporkan kesalahan itu akan menerima imbuhan 200 rupee (RM12).
Purata pendapatan harian rakyat India ialah sebanyak 193 rupee (RM11.80), dengan 250 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan hanya 86 rupee (RM5.20) sehari.

“Kenapa golongan perempuan perlukan telefon bimbit? Internet merupakan suatu pembaziran masa dan wang bagi masyarakat kelas pertengahan,” kata ketua kampung itu, Devshi Vankar.

Menurut UPI.com yang memetik laporan Hindustan Times, Vankar berkata, kaum wanita sepatutnya menggunakan masa untuk belajar dan melakukan kerja-kerja lain.

Penduduk kampung berkenaan dilaporkan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana telefon bimbit dilihat sebagai alat yang banyak digunakan golongan muda untuk meninggalkan kampung dan melarikan diri bersama kekasih masing-masing.

Wanita hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit di rumah dengan pengawasan ibu bapa, namun pelajar perempuan di kolej dikecualikan daripada larangan itu.

“Pelajar perempuan di kolej sudah cukup matang untuk membezakan antara baik dan buruk, selain itu mereka memerlukan telefon bimbit untuk meng­hubungi ibu bapa mereka memandangkan kolej mereka terletak di bandar, bukan di kampung,” katanya.

-Utusan