Thursday, May 19, 2016

Ibu terpaksa ikat anak pada batu

Ibu terpaksa ikat anak pada batu
Shivani yang terpaksa diikat dengan batu

AHMEDABAD - INDIA. Terpaksa dan tiada pillihan. Itu luahan ibu bapa kepada seorang kanak kanak yang terpaksa mengikat anaknya pada seketul batu semasa mereka bekerja di sebuah tapak binaan.

Menurut pasangan itu, mereka tidak mampu menghantar Shivani ke rumah asuhan dan abangnya yang berusia tiga tahun turut tidak mampu untuk menjaga dan mengawasi adiknya itu.

Kanak-kanak itu terpaksa diikat bagi mengelakkannya bermain dan melintas jalan berhampiran di barat India.‎

Tapak kaki yang dipenuhi habuk, kanak-kanak itu terpaksa menghabiskan sembilan jam di bawah suhu 40 darjah celsius diikat dengan tali pita pada seketul batu.

"Saya mengikatnya jadi dia tidak akan belari ke jalan raya berhampiran. Anak sulung baru berusia tiga tahun setengah jadi dia tidak mampu untuk memantau adiknya itu," kata ibu kanak-kanak Sarta Kalara.

"Trafik di kawasan ini sesak. Jadi saya tiada pilihan. Ini untuk keselamatannya.

Dia dan suaminya bekerja menggali lubang untuk kabel elektrik di bandar Ahmedabad dan mendapat upah 250 rupee.

Di India terdapat kira-kira 40 juta pekerja binaan bekerja di bandar-bandar yang berkembang pesat sekitar India.

Satu daripada lima merupakan wanita dan majoritinya adalah pendatang miskin.

Di India, kanak-kanak dilihat bermain tanpa pengawasan ibu bapa yang kebanyakan bekerja mengangkut batu bata atau menggali jalan baru atau rumah mewah.

Sementara itu, Ketua Perlindungan Kanak-kanak, Prabhat Jha berkata, perlu ada kemudahan pusat jagaan sama ada daripada kerajaan atau syarikat pembinaan.

"Perlu ada tempat yang selamat untuk kanak-kanak itu bagi mengelakan mereka tercedera," katanya dipetik Metro.uk

-Sinar

No comments:

Post a Comment