Thursday, May 5, 2016

Pelajar Malaysia berjoli selepas duit AS$4.6 juta tersalah masuk akaun ditangkap

JIAXIN LEE


SYDNEY � Seorang pelajar Malaysia yang berjoli dengan sebahagian wang AS$4.6 juta yang tersalah masuk ke akaunnya sejak empat tahun lalu ditangkap ketika cuba berlepas di Lapangan Terbang Sydney kelmarin.

MailOnline melaporkan, wang tersebut dikatakan dimasukkan ke akaun Bank Westpac milik Christine Jiaxin Lee, 21, ketika dia berumur 17 tahun.

Pelajar jurusan kejuruteraan kimia itu dilapor cuba melarikan diri ke Malaysia ketika ditahan oleh Polis Kebangsaan Australia di lapangan terbang.

Sejak empat tahun lalu, wanita berkenaan didakwa membelanjakan sebahagian wang tersebut dengan membeli beg tangan mahal dan barangan mewah.

Jiaxin Lee dihadapkan ke mahkamah daerah Waverley semalam selepas didakwa tidak jujur menggunakan wang berkenaan selain gagal memberitahu bank bahawa dia tidak mempunyai hak terhadap wang tersebut.

Mahkamah diberitahu bahawa Jiaxin Lee cuba meninggalkan Australia menuju ke Malaysia dengan menggunakan pasport kecemasan selepas mendakwa pasport asal miliknya hilang.

Jiaxin Lee dibenarkan ikat jamin sebanyak AS$1,000 (RM4,000) dan dikenakan syarat ikat jamin yang ketat oleh Majistret Lisa Stapleton. � Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz47pz3YBGB

No comments:

Post a Comment