Sunday, November 13, 2016

Guna parang paksa suami pulang


Bangkok: Seorang isteri yang berang terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah kerana menghabiskan masa sepanjang malam minum arak, menggunakan parang untuk memaksa lelaki berkenaan pulang.
Wanita itu memandu sekeliling bandar untuk mencari suaminya di waktu puncak selepas dia gagal pulang malam sebelum itu.
Apabila melihat suaminya makan di sebuah gerai, dia memberhentikan keretanya.
Rakaman video yang dimuat naik dan viral di Internet menunjukkan wanita itu keluar dari keretanya dengan mengacukan parang pada lelaki itu. Wanita terbabit memarahi suaminya dan menyuruhnya menaiki kereta untuk pulang.
Dia memukul suaminya dengan parang itu apabila lelaki berkenaan cuba mencari alasan untuk tidak menaiki kereta.
Kejadian itu mengejutkan orang yang berada di tempat kejadian.
Berdasarkan kata-kata wanita itu yang didengar dalam rakaman berkenaan, suaminya tidak pulang ke rumah kerana berparti dan minum arak.

 - Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment