Namun begitu para penyelidik menegaskan, keadaan itu hanya meliputi mereka yang menggu­nakan laman sosial tersebut un­tuk mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan sosial dalam dunia realiti.
Kajian terhadap 12 juta pengguna Facebook itu turut mendapati tidak kira berapa banyak ‘like’ yang mereka peroleh tetapi interaksi dalam talian merupa­kan aktiviti sihat apabila dila­kukan secara sederhana dan di­tambah dengan hubungan di lu­ar talian.
Kajian yang diketuai oleh penyelidik, William Hobbs dan James Fowler dengan kerjasama rakan sekerja mereka di Facebook dan Yale telah disiarkan menerusi jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Kata Hobbs, kesan negatif akan wujud apabila pengguna menghabiskan masa dalam ta­lian tetapi tidak berhubungan dalam dunia sebenar.
Portal Daily Mail melaporkan, kajian berkenaan mengesahkan penemuan para saintis yang telahpun mengetahui bahawa individu yang mempu­nyai hubungan sosial yang kukuh dalam dunia sebenar hidup le­bih lama.
Tetapi, untuk pertama kali­nya perkara yang berlaku dalam talian turut memberi kesan terhadap manusia.
Kajian itu juga mendapati pengguna Facebook yang bersetuju menerima rakan baharu dalam laman sosial tersebut adalah mereka yang hidup pa­ling lama.
Mereka yang mempunyai hu­bungan di luar talian yang lebih tinggi dengan mengambil kira tindakan memuat naik banyak gambar selain aktiviti bersemuka, menjalani jangka hayat hebat yang lebih lama.
Pengguna yang mempunyai banyak laman sosial iaitu antara 30 peratus sehingga 50 peratus, hidup lebih lama berbanding mereka yang hanya mempu­nyai 10 peratus laman sosial iaitu pe­nemuan yang konsisten de­ngan kajian lama tentang hubungan di luar talian dan jangka hayat manusia.
Para penyelidik berkenaan berharap kajian seterusnya mam­pu memberi kefahaman yang lebih baik terhadap jenis pengalaman sosial dalam talian yang mampu melindungi kesihatan.