Wednesday, July 29, 2015

Anjing muka sedih jadi viral

IOWA, Amerika Syarikat – Seekor anjing di sini menjadi viral di internet ekoran mempunyai wajah sedih yang menyebabkan orang ramai tertarik melihatnya.

Gambar anjing tersebut, Earl dimuat naik pemiliknya, Derek Bloomfield, 25, dan telah dilihat oleh lebih 2 juta pengguna laman web Reddit.

Wajah unik Earl juga mencetuskan beberapa siri jenaka di internet apabila seorang pengguna menyatakan, muka anjing itu berkerut kerana perlu membayar cukai.

“Earl ialah seekor anjing yang baik dan tidak susah untuk dijaga. Anjing ini manja dan sering menunjukkan ekspresi wajah melucukan kepada kami,” kata Bloomfield.

Menurutnya, seorang doktor mengesahkan bahawa Earl tidak mempunyai masalah kesihatan walaupun sering berkerut. Katanya, Earl mempunyai wajah sedemikian kerana mempunyai kulitnya kendur dan berkedut.

Rata-rata, pengguna internet menjangkakan populariti Earl bakal menandingi seekor kucing dikenali sebagai Grumpy Cat yang mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$100 juta (RM381 juta). – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3hLCQOAfG

No comments:

Post a Comment