Sunday, July 19, 2015

Wanita sengaja tempah maut terjun ke dalam kandang buaya

MONTERREY, Mexico – Seorang pelancong bernasib baik apabila dia terselamat selepas bertindak terjun ke dalam kandang buaya di sebuah zoo di sini baru-baru ini.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Stacy Alejandra Torres Cuellar melawat Zoo La Pastora sebelum dia bertindak melompat melepasi dinding kandang buaya dan mendekati reptilia tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, wanita tersebut dilihat meredah kawasan rumput panjang sebelum melangkah melintasi buaya itu.

Dia dilihat berjalan dengan agak cemas ke arah haiwan yang sedang berehat itu sebelum segera melarikan diri dengan memanjat dinding kandang berkenaan.
 
Berikutan kejadian yang dimuat naik di internet itu, dia dikenakan tindakan larangan melawat zoo tersebut pada masa akan datang.

“Buaya itu bodoh, dia boleh menjadi makanan percuma dan hidangan yang hebat,” komen seorang pengguna internet. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3gOcrAzgv
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment