Tuesday, July 21, 2015

Wanita dirogol, dibunuh, dibakar

Agra: Seorang wanita kasta Dalit bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah dibunuh dan mayatnya dicincang serta dibakar sebelum ditemui suaminya.

Kejadian itu dipercayai dilakukan samseng yang mempunyai hubungan dengan ketua kampung berhampiran di tempat tinggal mangsa yang terletak 200 meter dari pondok polis.

Timbalan Ketua Polis Agra Lakshmi Singh berkata, kondom dan bahagian badan mangsa yang separa terbakar ditemui di tempat kejadian selepas dipercayai dituang minyak tanah.

Wanita malang dikenal pasti sebagai Hema berusia 40-an tinggal di kampung itu bersama suami dan anak perempuan mereka berusia 12 tahun selepas diupah menjadi penjaga bangunan yang turut dijadikan kediaman mereka sejak empat tahun lalu.

Mangsa sekeluarga pulang ke kampungnya di Jhansi hujung minggu lalu sebelum Hema kembali berseorangan diikuti suaminya, Sabtu lalu. Suaminya Hemraj menemui mayatnya selepas terpaksa memanjat bumbung berikutan pintu rumah dikunci.

Dia yang terkejut berlari untuk membuat laporan polis, tetapi dihalang ketua kampung dan konconya yang terus menghimpunkan anggota badan Hema dan membakarnya sebelum mengusir Hemraj dan anaknya.

Sementara itu, Lakshmi berkata, kesan darah dapat dilihat bersepah menandakan mangsa bergelut dengan penyerangnya.“Penemuan kondom juga menimbulkan syak mangsa dirogol sebelum dibunuh kejam,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65326#sthash.RqGjaNam.dpuf

No comments:

Post a Comment