Friday, July 24, 2015

Rebut jual sperma di Internet

Beijing: Ribuan lelaki China berpusu-pusu menjual sperma mereka di laman beli-belah atas talian Taobao dengan harga antara AS$500 hingga AS$700 (RM1,900-RM2,700).

Laman web milik Alibaba itu menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa, termasuk sabun diperbuat daripada susu badan dan teman lelaki untuk disewa bagi gadis yang mahu menipu ibu bapa kononnya bakal berkahwin.

Namun, inisiatif terbarunya untuk mengumpulkan sperma kini popular dengan 22,017 lelaki mendaftar untuk mendermakan sperma di satu daripada tujuh bank sperma di seluruh negara dalam tempoh 72 jam tawaran itu dibuat.

Tiga bandar - Beijing, Shanghai dan Guangzhou - mendapat jumlah paling ramai responden iaitu 69 peratus.

Tawaran dibuat bersama oleh Taobao dan kumpulan makmal perubatan KingMed Diagnostics dibuka selama 72 jam minggu lalu.

 - Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment