Sunday, July 19, 2015

Lahir bayi 4.5kg dalam kereta

Houston: Satu rakaman video menunjukkan saat mencemaskan seorang wanita yang melahirkan bayi 4.5 kilogram di tempat duduk depan kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Houston.

Rakaman video itu menunjukkan wanita berkenaan Lessia Pettijohn melahirkan sendiri anaknya sementara suaminya Jonathan memandu di lebuh raya menuju ke hospital di Bay Area.

Video berkenaan dimuat naik ke YouTube baru-baru ini dengan kapsyen ‘Kami sudah memandu selama 45 minit.

’Selepas menjerit berulang kali “Air ketuban saya sudah pecah,” Lesia menyedari kepala bayinya sudah terkeluar.

Jonathan membantu melondehkan seluar isterinya dan menanggalkan tali pinggang keledarnya, sementara Lessia menarik bayi itu keluar.

Lelaki itu kemudian kedengaran berkata: “Kita berjaya melakukannya.” “Dia tidak sabar-sabar hendak keluar.

Oh Tuhan. Dia keluar dalam kereta. Kamu sungguh cantik. Apa pula hendak saya lakukan selepas ini,” kedengaran Lessia berkata. Ia anak ketiga pasangan itu.

Dua anak mereka sebelum ini, kedua-duanya perempuan yang kini berusia dua dan setahun, dilahirkan di hospital Bay Area. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64892#sthash.yUTyw92x.dpuf

No comments:

Post a Comment