Monday, June 13, 2016

Pokok berusia 2,000 tahun ditebuk jadi terowong



CALIFORNIA – Sebuah taman negara di sini menyimpan pokok-pokok gergasi mencecah usia lebih 2,000 tahun yang dijadikan terowong pejalan kaki dan kereta.

Pokok-pokok besar itu tumbuh tinggi melebihi 90 meter dan perlu ditebuk pada bahagian pangkal kerana terletak di laluan penduduk tempatan.

Pokok pertama yang dijadikan terowong ialah di Tuolumne Grove, Taman Negara Yosemite pada tahun 1875 bagi mempromosikan sektor pelancongan dengan orang ramai dikenakan bayaran jika ingin melaluinya.

Pokok jenis sequoia berusia 2,500 tahun itu dipahat selepas disambar petir. Walaupun pokok-pokok tersebut ditebuk di bahagian tengah, namun ia masih tumbuh seperti biasa dan terus membesar saban tahun.

Namun, usaha penebangan itu telah dihentikan sejak beberapa dekad ini berikutan mendapat kecaman dari pihak alam sekitar tetapi masih terdapat beberapa terowong pokok yang boleh dikunjungi pelancong di taman negara sekitar California. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4BWFZ7Cb4

No comments:

Post a Comment