Wednesday, June 15, 2016

Wanita ditangkap selepas tinggalkan anak untuk bercuti di Bali



PERTH, Australia – Seorang wanita ditahan selepas dia meninggalkan dua anak tirinya bersendirian di rumah untuk melancong ke Bali, Indonesia.

Kanak-kanak yang masing-masing berusia empat dan enam tahun itu dilaporkan menjerit dan menangis ketika ditemui polis bersendirian di rumah mereka di Cloverdale di kawasan timur Perth.

“Mereka sedang jerit dan menangis. Jika saya tahu (mereka ditinggalkan bersendirian), saya sudah menelefon polis lebih awal,” kata seorang jiran kepada agensi berita West Australian.

Berikutan kejadian, pasukan Unit Penderaan Kanak-Kanak menahan wanita berusia 28 tahun itu sebaik sahaja dia tiba daripada percutian di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Stesen televisyen Seven News melaporkan anggota penguat kuasa sempadan Australia juga akan menahan bapa kanak-kanak itu untuk soal siasat kerana turut berada di luar negara semasa kejadian.

Menteri Pelindungan Kanak-Kanak, Andrea Mitchell mengesahkan kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak dan Khidmat Keluarga untuk sementara waktu.

– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4BdLqNppP

No comments:

Post a Comment