Wednesday, June 15, 2016

Tenat selepas ditanam beruang



Tynda: Seorang wanita Russia kini dalam keadaan tenat selepas diserang dan ditanam hidup-hidup oleh seekor beruang yang dipercayai mahu menjadikannya makanannya.
Ibu dua anak Natyalya Pasternak, 55, bernasib baik selepas rakannya berjaya menyelamatkan diri dari hutan berhampiran Tynda di wilayah Amur, timur jauh Russia dan meminta bantuan.

Selepas mencederakan Natyalya, beruang berkenaan menyangka pekerja pos itu mati dan menimbusnya dengan daun.
Haiwan itu dipercayai merancang untuk kembali dan memakan Natyalya.
Bagaimapun, polis berjaya menyelamatkan wanita itu.

-Metro

No comments:

Post a Comment