Demikian kenyataan seorang lelaki yang didakwa manusia tertua di dunia susulan pendedahan dokumen kelahirannya oleh pegawai Indonesia baru-baru ini.
Menurut laporan mirror.co.uk, lelaki tersebut, Mbah Gotho yang ber­asal dari Sragen, Jawa Te­ngah dikatakan berusia 145 tahun setelah satu do­kumen mengesahkan dia dilahirkan pada 31 Disember 1870.
Salah seorang cucunya, Sur­yanto berkata, datuknya telah menyiapkan diri untuk mati sejak usianya mencecah 122 tahun.
“Batu nisan telah dibuat pada 1992 dan itu adalah 24 tahun lalu. Kami juga telah menyediakan tempat perkuburan berdekatan kubur anak-anaknya,” katanya.
Kesemua 10 adik-beradik Mbah Gotho telah meninggal dunia termasuk empat orang isteri dan anak-anaknya.
Jika tarikh kelahirannya itu adalah benar seperti didakwa, Mbah Gotho akan diiktiraf sebagai manusia tertua yang kini rekodnya dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang berusia 122 tahun.
 See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-indonesia-didakwa-manusia-tertua-di-dunia-1.375524#sthash.72v5S5ga.dpuf