Sunday, January 8, 2017

Macam mana boleh tersangkut?



Jiamusi (China): Seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas kepalanya tersangkut di dalam lubang kerusi konkrit di sebuah taman di bandar ini.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, budak lelaki itu secara tidak sengaja memasukkan kepalanya di dalam lubang kecil di kerusi berkenaan ketika bermain.
Satu video yang dimuat naik di media sosial di China menunjukkan anggota bomba berusaha membebaskan budak itu yang menjerit kesakitan.
Anggota bomba meletakkan topi di kepala budak itu sebagai perlindungan sebelum menggunakan satu peralatan khas untuk memecahkan simen pada kerusi itu.
Walaupun simen itu berjaya dipecahkan tetapi batang besi di dalamnya masih memerangkap kepala kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun itu.
Anggota bomba menggunakan alat pemotong untuk memotong batang besi berkenaan dan budak lelaki itu akhirnya bebas.
Budak itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan dia tidak mengalami kecederaan.
Video itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang seperti tiada percaya kepala budak itu boleh tersangkut di lubang kecil berkenaan.
“Saya sanggup membayar 100 yuan (RM65) kepada sesiapa yang boleh menerangkan bagaimana kepala kanak-kanak itu boleh masuk dalam lubang berkenaan,” kata seorang pengguna. 

- Agensi/Metro


No comments:

Post a Comment