Lawrence John Ripple, 70, mengaku bersalah merompak Bank of Labor di 756 Minnesota Avenue pada bulan September lalu.
Berdasarkan dokumen mah­kamah yang diperoleh oleh Star-Telegram Kansas City, Ripple te­lah menyerahkan seke­ping nota bertulis ‘Saya mempunyai pistol. Beri saya wang’ kepada juruwang bank sebelum merompak.
Juruwang kemudiannya menyerahkan wang tunai AS$2,924 (RM) sebelum Ripple duduk di lobi bank dan kemudian memaklumkan kepada pengawal yang mendekatinya bahawa beliaulah yang merompak bank itu, demikian menurut laporan portal msn.com.
“Warga emas itu juga menulis nota tuntutan di hadapan isterinya dan memberitahu wanita itu bahawa dia lebih rela ditempatkan dalam penjara daripada duduk di rumahnya,’’ kata seorang ejen FBI dalam afidavit ke­terangannya.
Ripple memberitahu pegawai FBI sebelum kejadian tersebut dia telah bertengkar dengan isterinya.
Mahkamah Kansas City masih belum menetapkan tarikh perbicaraan kes berkenaan.
Ripple pula kini dilepaskan dengan ikat jamin dan hadir di mahkamah dengan ditemani oleh isterinya.