Tuesday, August 18, 2015

Burung bentuk wajah Putin

London: Seorang wanita minggu lalu merakam gambar ribuan burung terbang di New York untuk membentuk muka yang didakwa mirip wajah Presiden Russia Vladimir Putin.
Sheryl Gilbert merakam gambar berkenaan ketika dia menyeberangi Jambatan Williamsburg di Brooklyn.
Dengan Jambatan Manhattan kelihatan di belakang, wajah pemimpin Russia itu dapat dilihat untuk beberapa saat dalam klip video itu.
Dalam laman Twitternya, suami Sheryl, Gregory West menulis: “Saya melihat gambar ini beberapa hari lalu. Menakjubkan. Adakah anda melihat wajah yang dibentuk burung itu? Wajah siapa?”
Ada yang menjawab Steve Jobs dan Robin Williams.
Bagaimanapun, kebanyakannya berkata, gambar itu agak menyeramkan.
Meskipun tidak dapat mengesahkan kesahihan video itu, ia mendapat perhatian stesen televisyen Russia
Zvezda yang berkata, wajah itu mirip Putin.
Sejak dimuat naik ke Internet minggu lalu, video itu mencatatkan lebih sejuta tontonan di YouTube dengan ramai yang meragui kesahihannya.
Ia juga menarik ratusan ulasan dalam kalangan penduduk Russia yang menyamakan wajah itu mirip presiden mereka.
Seorang pengulas dari negara itu menulis: “Ini amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak memulakan perang dengan Russia.”
Seorang lagi berseloroh: “Lihat di udara! Burung! Pesawat! Bukan, ia Super Putin!” 
- Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment