Monday, August 17, 2015

Pecah rekod sepak kepala sendiri

Kathmandu (Nepal): Seorang pemuda berusia 20 tahun diisytiharkan pemegang rekod dunia untuk kategori menyepak kepala sendiri paling banyak di dunia. Puskar Nepal menggunakan teknik luar biasa untuk menyepak dahinya dengan menggunakan kedua-dua belah kaki sebanyak 134 kali dalam tempoh 60 saat.

Dia mencipta rekod itu pada Disember tahun lalu, tetapi baru diiktiraf Buku Rekod Guinness minggu lalu. Pelajar dari daerah Sindhupalchowk itu berkata, dia bercita-cita mencipta rekod kerana mahu terkenal di seluruh dunia.

“Saya terbaca mengenai kategori menyepak kepala sendiri dan yakin saya mampu memecahkan rekod berkenaan.“Saya berlatih selama sembilan bulan dan mencipta teknik unik ini yang membolehkan saya menyepak kepala sendiri dengan menggunakan kedua-dua belah kaki,” katanya.

Menurutnya, ramai rakan dan keluarganya bimbang dia cedera kerana terpaksa membongkok selama seminit untuk melakukan aksi itu.“Saya gembira apabila berjaya memecah rekod ini dan menjadikan diri saya terkenal di seluruh dunia,” katanya.

Rekod sebelum ini dipegang seorang lelaki Amerika Syarikat, Joel Leindecker yang menyepak kepalanya 127 kali dalam tempoh se minit. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70246#sthash.l8PGO0ca.dpuf

No comments:

Post a Comment