Friday, August 14, 2015

PELIK - Motosikal Tandas Ini Mampu Bergerak Sejauh...

Unik motosikal tandas di
cipta di Jepun, pelik-pelik jer jepun ni.










Syarikat
pengeluar motosikal tandas di Jepun menyatakan motosikal tersebut boleh bergerak
sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan
haiwan.











Ia
dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di
dunia.



Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di
tempat duduk.



Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang
yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia
bergerak.



"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan
daripada najis manusia.



"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan,"
kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.



Motosikal itu dipamerkan
di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo.



Menurutnya, para
pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka
merakamkan gambar.



Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. -
taotauajer



Sumber

No comments:

Post a Comment