Thursday, August 20, 2015

Gali kubur bapa kerana mahu bertengkar

Sanford (Amerika Syarikat): Seorang lelaki di sini mengaku menggali kubur bapanya semata-mata mahu bertengkar dengan mayat berkenaan.
Michael May, 44, ditahan pada Isnin lalu selepas polis melihatnya menggali kubur di satu tanah perkuburan di bandar ini.
May yang berada dalam keadaan mabuk kemudian memberitahu polis bahawa dia menggali kubur bapanya kerana mahu bertengkar dengan mendiang.
Katanya, dia menggali kubur mendiang kerana sudah lama tidak bertengkar dengan bapanya.
“Ketika bapa saya masih hidup, saya sering bertengkar dengannya,” katanya.
May yang ditemubual seorang wartawan memberitahu dia tidak berniat untuk merosakkan kubur bapanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, May didakwa kerana merosakkan kubur, mabuk di tempat awam dan memiliki dadah.
Menurutnya, lelaki itu ditahan di sebuah penjara di sini sementara menunggu hukuman dijatuhkan oleh mahkamah. - Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment