Monday, August 10, 2015

Wanita putus telinga akibat tendang anjing

Beijing: Seorang wanita putus sebelah telinga semalam selepas digigit seorang tuan punya anjing. Kejadian berlaku selepas wanita berkenaan menendang anjing terbabit.

Mangsa dikenali sebagai Shuang, 19, dilapor dalam perjalanan pulang apabila seekor anjing kecil berlari ke arahnya dan menyalak. Kerana takut digigit, Shuang menendang anjing itu yang cuba menyerangnya.

Pemilik anjing berkenaan, wanita berusia 40 tahun melihat kejadian berkenaan. Pertengkaran berlaku antara mereka. Shuang memukul wanita berkenaan dengan beg tangannya.

Lawannya bertindak balas dengan menyerangnya dan menggigit telinga Shuang hingga putus sebelum melarikan diri dengan membawa bersama anjingnya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69596#sthash.jozkelnw.dpuf

No comments:

Post a Comment